Sunday, 1 January 2012

MODEL POLYA

 MODEL POLYA

            Model Polya merupakan model penyelesaian masalah matematik yang dibina oleh George Polya. Georga Polya telah memperkenalkan satu model penyelesaian masalah dalam bukunya ‘How to Solve It’ yang memberi tumpuan teknik penyelesaiaan masalah yang menarik dan juga prinsip pembelajaran matematik dapat dipindahkan sebaik mungkin. Model ini membabitkan empat fasa utama iaitu memahami dan mentafsir sesuatu masalah, membuat rancangan penyelesaian, melaksanakan penyelesaian dan menyemak semula.
            George Polya merupakan seorang pendidik matematik yang terkenal pada abad ke-20. Polya percaya bahawa kemahiran untuk menyelesaikan sesuatu masalah perlu diajar kerana ia bukan sesuatu yang lahir bersama-sama kita. Oleh sebab itu, beliau mengenal pasti empat cara penyelesaian masalah. Apabila kita ingin menyelesaikan, kita mesti guna prinsip-prinsip yang telah dinyatakan diatas.

Prinsip pertama : Memahami Masalah
            Langkah yang pertama ialah kita harus memehami masalah. Kita mesti mengetahuiapa yang kita ingin selesaikan dalam masalah ini. Kita juga mesti mengetahui setiap petunjuk yang yang telahdiberikan.Selainitu, kita juga boleh melukis gambar rajah atau menggunaka  ngambar-gambar untuk membantu kita memahami masalah.Tambahan pula, kita boleh menyatakan kembali masalah dengan menggunakan ayat sendiri untuk membantu memahami  masalah dengan lebih jelas.

Prinsip kedua : Merangka strategi
            Langkah kedua ialah menyusun strategi. Untuk langkah ini, kita perlu mencari hubungkait antara data yang terdapat dalam masalah dengan kehendak soalan atau permasalahan. Apabila kita iingin menyusun strategi, kita mesti mengetahui strtegi yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah. Polya mnenegaskan terdapat pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran memilih strategi yang sesuai bergantung kepada berapa banyak pebgalaman kita menyelesaikan masalah sebelum ini.Antara strategi yang boleh membantu ialah:-

·         Cuba jaya
·         Membuat senarai yang tersusun
·         Mengenalpasti kemungkinan-kemungkinan
·         Menggunakan simetri
·         Menimbangkan kes istimewa
·         Menyelesaikan persamaan
·         Melihat pola
·         Melukis gambar
·         Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu
·         Menggunakan model
·         Bekerja dari bawah/ menggunakan maklumat terakhir terlebih dahulu
·         Menggunakan formula
·         Menggunakan analogi/perbandingan
·         Lakonkan (menggunakan pealatan yang sebenar untuk menyelesaikan masalah)
·         Mempermudahkan masalah

Prinsip ketiga : Melaksanakan strategi
Langkah yang ketiga ialahmenyelesaikanmasalahmenggunkanstrategi yang kita telah pilih. Dalam langkah ini kita perlu bersabar serta berhati-hati semasa menyelesaikan masalah kerana bukan semua masalah boleh diselesaikan dengan cepat dengan menggunakan strategi yang kita telah pilih. Jika kita tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut, kita harus menyemak semula sama ada kita melakukan kesalahan atau tidak. Jika tidak, kita mesti kembal isemula kelangkah yang kedua untuk memilih strategi yang lain untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Prinsip keempat : Menyemak jawapan
Langkah keempat menyemak jawapan.  Polya merasakan adalah wajar untuk kita mengambil sedikit masa untuk menyemak jawapan dan membuat refleksi. Ini bertujuan mengukuhkan lagi keyakinan dan memantapkan pengalaman untuk mencuba masalah baru yang akan datang.